Kellie’s Castle, satu tempat yang penuh misteri. Ada orang kata, tempat ni macam Taj Mahal versi Malaysia, sebab kisah disebalik pembinaan istana tak siap ni.

Kellie’s Castle ni dekat Batu Gajah, Perak. Dalam 20 minit drive dari Ipoh. Selama ni, aku cuma berkesampatan tengok dari jalan utama on the way nak hantar Ijat adik aku ke UiTM Seri Iskandar, Perak.
Tapi, semalam aku ke Ipoh, dan kebetulan ada sorang sahabat aku ni, cuma pernah tengok Kellie’s Castle kat kalendar katanya. Tak pernah tengok depan mata. Jadi, kami decide untuk singgah dan tengok Kellie’s Castle dengan mata sendiri dari jarak dekat.

Malangnya, hari hujan masa kami sampai. Biasanya, Kellie’s Castle ditutup pukul 6.30 petang. Kami sampai pukul 6.00 petang. Tapi, sebab hari hujan, pukul 6.00 petang dah ditutup. Jadi, kami tak boleh masuk ke dalam kawasan castle ni, cuma boleh tengok dari kawasan parkir je.

Nak masuk ke dalam Kellie’s Castle, ada bayaran masuk dikenakan. Untuk pengunjung asing [foreign visitors], bayaran tiket masuk sebanyak RM 7 seorang dikenakan. Untuk pengunjung tempatan dengan MyKAD, bayaran tiket masuk sebanyak RM 5 dikenakan. Tapi, menurut papan tanda yang aku tengok di kaunter tiket, bayaran ni cuma untuk cuti umum. Aku pun tak dapat pastikan sebab kaunter dah tutup.



Aku tengok sekeliling kawasan ni, akan ada kafe nak dibuka, tapi aku tak pasti dah beroperasi ke belum sebab masa kami sampai, semua tutup. Dan sebab dah pukul 6 petang dalam keadaan hari hujan, ada rasa spooky sikit kat sini.

Yang aku tahu, aku memang teringin nak masuk dan tengok bangunan ni. InsyaAllah satu hari nanti, aku nak datang lagi dan masuk ke dalam, kalau ada rezeki. Sebabnya, kawasan yang pernah jadi lokasi pengembaran filem Anna and the King ni kalau ikut apa yang aku tahu, pembinaannya memang mahal dan kalau siap, memang style habis.
Ikut plannya, ada indoor tennis Court, lif pertama kat Malaya [kalau siap waktu tu]…

Kalau nak maklumat lebih lanjut, boleh check Wikipedia.
Tips ke Kellie’s Castle:
Jalan yang aku tahu la. Haha.
Dari Lebuhraya Utara Selatan, keluar Exit Simpang Pulai [Exit 137]. Lepas tol, belok kiri. Jalan terus sampai nampak satu simpang berlampu isyarat menuju ke UTP, UiTM Seri Iskandar, Lumut dan Kellie’s Castle. Belok kanan kat simpang tu. Jalan terus je lagi. Nanti Kellie’s Castle ada kat sebelah kiri.
dah banyak kali aku teringin nak dtg sini… asyik terlepas peluang je. kalo buat photoshoot sini mmg cantek abes!
Ak pn rse tmpat ni mcm ada aura dia. Masa aku smpai, ada couple baru lps buat wedding shoot. Tp klau dtg waktu hujan, dia tutup awl bro. Hehe. Am coming again definitely!
dulu memang pernah singgah jap..
tengahari time tu, tapi tetap rasa seram..
mmg ramai pengantin rajin buat photoshoot kat sini
Tula masa sy smpai pun ada couple bru lps buat wedding shoot. Tengahari dah seram, time kami sampai cuaca mendung dan pkl 6. Keseraman berganda. Haha. Nasib baik dah tutup. Tp frust jugak sbb tak dapat masuk. InsyaAllah next time ;)
Antara tempat yang aku nak pergi dalam Malaysia ni… tapi tak pegi pegi jugak. hahaa..
Haha. Aku selama ni lalu, ni first time pergi. Tapi, tutup pulak! Adeh.. hehe
projek pas ni,,k.mas nk pi sungai lembing,,jommmm
sungai lembing? bila tu kak??? heheh
kampong aku dekat batu gajah perak biler2 mase je…aku boleyy pergi nnti cuti nie aku nk gi
Haaa pergi bro apa lagi! Hehehe. Dah dekat sangat tu!