Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 4]
Info: THB 100 = ~RM 10
===
Dari Jungceylon, kami menuju ke Bangla Road untuk ke pantai Patong. Maknanya, kami jalan terus kat jalan utama tu, dan belok kiri kat sebelah Chang Club Hotel.
Sebelum lintas ke Bangla Road, nampak ada stall burger halal kat sebelah kiri. Amina burger namanya. Nampak ramai orang nak beli, terutama pak-pak Arab. Ada kerusi 2-3 buah diorang sediakan kalau nak makan terus kat situ. Sebab tempat duduk terhad, kalau nak makan, janganlah lama-lama sangat ye? :)

Memandangkan perut kami pun memang tengah memainkan keroncong untuk Ana, kami pun beli lah sebiji burger kat sini. Nampak macam besar. Jadi, kami beli sebiji dan potong 2. Kami order cheese burger. Sebabnya, burger ayam, daging dan cheese harga sama, THB 80/RM 8. Tapi, burger daging dapat daging je. Cheese burger dapat 2-2, daging dan cheese. Maknanya, cheese dia free ke eh? Haha.

Mula-mula pelik jugak, kenapa mahal sangat burger sampai THB 80? Tapi, bila dah tengok dan makan, memang puas hatilah. Patty tebal, juicy dan memang cukup rasa. Best!

Kami terus lintas jalan lepas dah habis makan sehingga menjilat jari.
Lepas lintas jalan masuk ke Bangla Road, kami rasa pelik. Kenapa jalan yang sinonim dengan tarian lucah-seksi, pusat hiburan utama kat Patong ni macam sunyi. Dan gelap? Tak ada orang menari, tak ada bunyi muzik kuat. Kenapa???


Dalam 20 saat lepas tu, baru kami perasan, Bangla Road blackout! Tempat lain semua ada elektrik. Dan sesetengah kedai kat sini masih ada elektrik. Tapi, kebanyakan kelab kat sini bergelap. Ada yang pasang lilin lagi. Kami jalan ke depan lagi, nampak abang TNB electrician tengah betulkan kabel elektrik yang berbunyi zzzz…zzzz…

Kami pun terus ke pantai Patong. Aku jalan sampai hujung sambil main ombak dalam gelap. Air agak tinggi. Sampai ke betis ombak pukul kaki aku. Dan ombak agak kuat, tapi masih selamat. Dengan bunyi desiran pantai dan angin yang kuat, aku rasa tenang sangat masa ni…

Lepas jalan ke depan lagi, kami cari satu spot, dan duduk. Duduk kat atas pantai, 2-2 diam dan termenung. Memang lama giler. Semua layan perasaan. Hehe.

Masa aku duduk, aku terfikir, alhamdulillah bersyukur dapat jejak kaki ke sini. Dapat rehatkan minda, lupakan kerja. Memang betul-betul getaway. Pada masa yang sama, aku terfikir jugak, kat pantai nilah dulu tsunami datang 26 Disember 2004.

Rasa macam tak percaya, Patong dah bangkit kembali. Sampaikan sepanjang kat sini, kami tak nampak langsung tanda-tanda Phuket pernah dilanda tsunami tahun 2004 dulu, kecuali papan-papan tanda evacuation, yang menunjukkan tsunami pernah dan mungkin akan menyerang lagi.

Lepas dah rasa agak lama duduk kat Patong, kami beransur untuk balik ke hostel. Sebabnya, esok flight awal pagi. Flight pertama berlepas dari Phuket ke Kuala Lumpur. Takut tak terbangun pagi besok, memang jadi penduduk tetap Phuket lah kami. Rasa macam tak percaya, nak balik dah ke esok??!!



Sampai-sampai hostel, aku jumpa brader receptionist tu, bagitau dia nak book teksi untuk airport transfer pagi besok. Dia pun call kan teksi dan book kan teksi pukul 5.00 pagi. Bayar terus kat dia THB 600/RM 60 dan dia bagi satu voucher. Dia kata, esok bagi voucher tu je kat driver teksi. Aku dan Akmal pergi kat living area, ada match bola. Tapi, mata aku memang dah berat. Akmal layan tengok bola dulu. Mula-mula aku join jugak, tapi lama-lama mata aku makin berat sampai aku tertidur kat atas sofa tu.


Sedar-sedar, Akmal kejut suruh masuk bilik, dan aku pun terus masuk ke bilik, tanpa kemas apa-apa walaupun sedar esok pagi-pagi dah nak balik…
BERSAMBUNG
TO BE CONTINUED
That burger look appetizing pls!
haha. do try bro when u go to Phuket. for SGD 4, totally worth it! Hehe
Salam…blh x bg secara detail brp cost semua semasa awk duduk kat phuket..tq
Secara kasar tapi terperinci, kat bawah ni expenses saya sepanjang 4 hari 3 malam di Phuket:
Day 1:
Taxi Pickup Airport – Hostel: THB 600 [THB 300]
Hostel 3 malam: THB 141
Padlock: THB 47
Dinner: THB 80
Total Day 1: THB 868 = RM 86.80 [THB 838 = RM 83.80]
Day 2:
Sewa skuter 24 jam: THB 200 [THB 100]
Gas motor: THB 200 [THB 100]
Brunch: THB 85
Island hopping with TMT Tour: THB 1300
Muay Thai fight: THB 1400
Sunblock: THB 345 [THB 172]
Coconut ice cream: THB 25
Gas motor: THB 40 [THB 20]
Minum petang koko ais: THB 40
Fridge magnet: THB 100
Tshirt I love Phuket: THB 150
Dinner Pad Thai: THB 45
Massage: THB 250
Total Day 2: THB 4180 = RM 418 [THB 3787 = RM 378.70]
Day 3:
Gelang tangan souvenir di James Bond Island: THB 300
Tips untuk tukang kayak: THB 100 [THB 50]
Sewa kerusi di Naka Island: THB 200
Dinner nasi goreng ayam: THB 400
Supper cheese burger: THB 80 [THB 40]
Taxi transfer ke airport untuk pagi esok: THB 600 [THB 300]
Total Day 3: THB 1680 = RM 168 [THB 1290 = RM 129]
Day 4: – Balik flight pagi. Nil
p/s:
1. Lunch untuk hari ketiga dah termasuk dalam tiket island hopping
2. Beberapa item kat atas dibahagi 2 antara aku dan Akmal iaitu Day 1 = Taxi pickup. Day 2= Sewa skuter, gas motor, sunblock. Day 3= Tips, cheese burger, airport transfer.
Jadi, total untuk 4 hari yang aku bayar [dalam kurungan lepas dibahagi antara aku dan Akmal. Luar kurungan harga in full per person]:
RM 83.80 + RM 378.70 + RM 129 = RM 591.50
Harap membantu :)
T.kasih byk2 khai krna bg info…
Apapun memang! !!!TERBAIK PUNYA!!!!!
haha. mekasih! bila nak pergi tu?
Buat masa ni xde plan lg..kena promo kt member2 dulu br blh prg..
promo la apa lg! hehehe. best!
Salam, nak tanye macam mane nak booked teksi pickup dr airport ke hotel ye??
Nak senang, mintak hotel/hostel yg kita stay tu arrangekan. Kat luar airport pun banyak teksi, tapi kami tak ambil teksi tu sebab sampai lewat malam, jadi nak senang kami mintak hostel je tlg arrangkan pick up ;)
owh..hehe..kalau mintak hotel maybe die akan arrangekan utk airport transfer kot dlm RM150 kot nmpk org review..btw, kalau ambik je teksi dkt airport tue ok je kan??or ade tips teksi yg ok and x ok?? hehehe
Tips kalau nk naik teksi kt thailand ni, sruh driver pakai meter. Biasanya kalau tak pakai meter lg mahal dia quote. Kami mintak hostel uruskan pickup dalam 60ringgit dia caj. Kalau sampai siang okay je. :) kami flight malam tu mntak hostel tlg. Hehe. Bila nk ke phuket? ;)
hehe..pergi March next year but dah start buat research..excited bena..hahaha..lao hotel die xkire mahal ke sbb tgk review suruh hotel sediakan transport die charge rm150..huhuhu..pergi honeymoon..huhuhu
wah bestnya pergi honeymoon! :)
kalau nak senang, saya cadangkan awak emel pihak hotel tanyakan, kalau pick up service berapa dia caj. Cuba negotiate dapatkan harga THB 600 [lebih kurang RM 60]. Kalau dapat, oklah.
Tapi kalau still dalam RM 150, ambil jelah teksi kat airport [atau luar sikit dari airport kalau tak nak surcharge. biasanya teksi dalam airport ada surcharge sikit],suruh dia on meter dan naik je teksi airport :)
hahaha…
ok..thanks khai for the info!!!sangat2 berguna.. :) hehehe
no problem :) apa2 roger je lah ye. apa saya boleh tlg saya tlg. hehe. jgn lupa like FB page jugak. hahahaha. :D