Blog Archives
More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 4]
Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 3]
===
Keluar dari jalan tol, kami semua kena lalu jalan biasa. Tapi, sebab cuti hari natal/krismas, jadi jalan memang jem teruk. Teruk sangat! Ada masa tak gerak langsung. Selain terlelap dalam kereta, aku gunakan masa yang ada untuk tengok keadaan sekeliling Semarang.
Kereta kami juga lalu jalan berbukit nak menuju ke Yogjakarta. Kawasan ni tinggi dan sejuk sangat. Banyak juga hotel-hotel kat sini. Semacam Bukit Fraser untuk orang-orang tempatan cuti rehat. Tapi, sayang aku dah lupa nama tempat ni. Hehe. ;p
Akhirnya, lepas dah kebas-kebas punggung, kami sampai ke Candi Borobudur dah dekat pukul 5.00 petang, dalam pukul 4.00 lebih. Candi Borobudur tutup pukul 5.00 petang, jadi memang kelam kabut kami ke sini.
Sebab kelam kabut, aku tak sempat nak ambil gambar papan tanda harga ke sini. Tapi, harga tiket masuk ke candi untuk pengunjung tempatan dan luar tak sama. Bezanya sangat besar!
Jonathan pun buat plan. Jadi, masa sampai, Jonathan suruh kami ke pagar untuk pengunjung tempatan dan bagitau kalau kami ditanya yang kami dari Dumai. Tapi, diaorang [guard] mintak KTP [IC]. Kantoi!!! Kami pun kena bayar harga tiket untuk pengunjung luar.
Sampai ke dalam kawasan candi, kami naik satu trak untuk terus ke pintu masuk candi. Kami cuma diberi masa setengah jam je untuk ke sekeliling candi sebab candi akan tutup tepat jam 5.00 petang.
Sedikit info tentang candi Borobudur:
Borobudur, or Barabudur, is a 9th-century Mahayana Buddhist Temple in Magelang,Central Java, Indonesia. The monument consists of six square platforms topped by three circular platforms, and is decorated with 2,672 relief panels and 504 Buddha statues.[1] A main dome, located at the center of the top platform, is surrounded by 72 Buddha statues seated inside a perforated stupa.
Selain sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site, Borobudur juga digunakan setahun sekali untuk pilgrimage masa hari Wesak. Maknanya, bukan dibiarkan semata-mata.
Borobudur memang besar. Dan di dinding-dinding candi ni, ada ukiran tentang kehidupan seharian manusia di tanah Jawa sekitar abad ke-8 dan tentang kepercayaan agama Buddha.
Borobudur pun kena tempias masa letupan Gunung Merapi tahun 2010 dulu kalau tak silap. Masa aku sampai, kesan letusan dah tak ada tapi ada papan tanda tunjuk gambar lepas letusan. Dan sebab cuaca mendung, aku tak nampak Gunung Merapi dari candi.
BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED
PART 5
More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 3]
Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 2]
===
22 Disember 2012 [Hari Kedua]
Seawal pukul 7.30 pagi, kami pergi ke restoran hotel untuk sarapan pagi. Hotel ni ada sediakan sarapan, tapi bukan buffet lah. Menu untuk hari ni, pilihan sama ada roti bakar dengan coklat atau nasi+ bihun lauk rendang telur. Terkejut aku. Di Semarang, pagi-pagi lagi orang dah makan nasi!
Lepas sarapan, kami lepak kat lobby sebab tengah plan apa nak buat harini. Kan kami tak ada ambil tour guide untuk trip ke sini. Dari pukul 9.00 sampai pukul 10.00 lebih, berbincang dengan famili aku, macam mana dan apa nak dibuat, akhirnya kami ambil keputusan untuk hire tour agent.
Terima kasih kepada rakan blogger aku Tim [Mixed Up Already], aku pun dok berwhatsapp dengan dia, minta tolong jasa baik dia recommendkan tour agent sebab kebetulan dia asal Semarang dan ayah dia pun ada kawan bukak business travel agency. Akhirnya, kami guna khidmat Patent Tour & Travel.
Dalam pukul 11.00 pagi, tour agent ambil kami di hotel dan selesaikan urusan pembayaran kat pejabat diaorang. Masa dalam perjalanan, nampaklah suasana di Semarang. Memang padat bandar ni.
Selesai urusan pembayaran, kami naik 2 van untuk ke tempat persinggahan pertama [dan terakhir] kami untuk harini, Candi Borobudur! Tour guide kami nama Jonathan. Pandai cakap Perancis. Sebab Perancis aku dah berkarat, ada satu soalan mudah dia tanya aku, aku tak boleh jawab. Malu~ Haha. Adik aku Alya lagi best. Panggil nama timang-timangan, abang Atan. Hehe.
Sebelum ke Borobudur yang mana letaknya ke selatan Semarang [menuju ke Yogjakarta], kami singgah makan dulu ke Pondok Makan Salam Laos untuk lunch. Honestly, aku tak tau macam mana nak terangkan jalan ke sini sebabnya jalan dia pusing-pusing! Tapi, alamatnya ini: Jalan Kolonel Hj. Imam Suparto.
Mula-mula dibawa ke sini, aku pelik. Kenapa datang ke Indonesia tapi nak makan makanan Laos. Rupanya, Laos ni bukan negara Laos, tapi lengkuas! *facepalm*
Perjalanan ke Borobudur memakan masa berjam-jam. Walaupun kalau ikut Google Map jarak dari Semarang ke Borobudur cuma 124km [lebih kurang dari Shah Alam ke Kuala Pilah], tapi sebab bukan sepanjang perjalanan lalu highway, apatah lagi ramai yang nak balik kampung sempena cuti Krismas, jalan memang jem teruk! Atau bak kata pak supir: Macet total!
Asalnya kami lalu highway dari Semarang sampai ke Ambarawa. Tapi, highwaynya tak siap habis, jadi lepas tu kena lalu jalan kampung. Highwaynya lebih kurang macam di Malaysia. Tapi, pembayaran elektronik belum meluas dan rasa agak sempit antara satu lorong ke satu lorong. Satu lagi yang unik, kena hati-hati memandu walau di highway sebabnya ada antara lori yang memandu antara lorong kanan dan kiri i.e. kat tengah2!
BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED
More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 2]
Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 1]
===
Bila dah tengahari, kami semua lapar sangat. Tapi, memandangkan tak ada lantik agen mahupun tour guide, kami tak tahu nak makan kat mana. Jadi, kami redah jelah.
Kami memang tak tahu nak ke mana. Keluar hotel, kat jalan besar, kami belok kanan. MasyaAllah banyak betul kereta! Hehe.
Mula-mula kami nampak satu kedai makan kat tepi jalan ni. Dah nak masuk dah. Tapi, sebab kami meragui status kehalalannya, kami keluar balik dan mencari-cari restoran lain.
Sampailah kami nampak signboard Mbah Jingkrak. Terus kami ke sana.
Mbah Jingkrak ni letaknya di Jl Beringin. Lorong-lorong jalan off Jl Imam Bonjol. Yang feymes kat sini, tak lain dan tak bukan ialah ayam penyetnya. Ada beberapa jenis sambal kat sini. Dan yang aku pelik, masa nak order nasi, ada nasi merah. Sampai sekarang aku tak tau nasi apa tu. Haha. Tapi, layan jee.
Aku tengok senarai harga makanan kat sini, murah! Kalau set ayam penyet dengan nasi kat Malaysia standard dalam RM 10 [Rp 30,000], tengok harganya kat sini:
Rp 13,000!~ Dalam RM 4.33 untuk satu set nasi ayam penyet. T.T Murah kan? Tapi, sebab kami sekeluarga lapar dan nak try macam-macam, kami tak ambil set.
Oh, suasana kedai makan Mbah Jingkrak pun menarik. Penuh kesenian dan tradisi. Jelas terasa keJawaannya. Hehe. Satu benda aku suka dengan orang Indonesia, budaya dan kesenian diorang sangat kuat berbanding kita yang selalu pandang hebat kat budaya Barat.
Kami pun makan nasi dan ayam dan sambal-sambalnya. Sambal dia memang sedap. Ada banyak jenis sambal yang berbeza, kami ambil 3. Yang paling pedas yang sebelah kanan tu. Berpeluh aku makan walaupun dalam air-cond.
Lepas dah habis makan, kami nak balik hotel, tapi hujan turun lebat sangat.
Kami tunggu 2 jam kat sini, tapi hujan tak berhenti-henti. Sampai tertidur-tidur kat kerusi dan sofa. Sampailah dalam pukul 3 lebih, hujan tak berhenti-henti, tauke Mbah Jingkrak ni kesian tengok kami.
Lepas sembang-sembang dengan dia, tanya pasal hidup kat Semarang, bisnes, lepas tu dia call driver dia untuk bawa 2 buah Toyota Alphard untuk hantar kami ke hotel.
Terharu betul kami. Tak ada pertalian saudara, cuma customer kat restoran dia, dan baru jumpa beberapa minit, tapi dia sanggup call pekerja dia untuk bawak kami ke hotel naik kereta besar. Memang terharu. Memang more than friendly. Hehe. Dah lah dia memang friendly.
Sesampai je hotel, kami berehat-rehat dan tak buat aktiviti apa pun sebab hari hujan. Aku balik-balik bilik, bangun-tidur berkali-kali sampailah akhirnya aku tertidur dan tak sedar apa dah…
BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED























![The smashed-chicken with the delicious 'sambal' [chilli paste]...](http://kairulizwan.files.wordpress.com/2013/04/2012-12-21-13-17-19.jpg?w=577&h=1024)




