The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 4]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 3]

===

Dari Georgetown, kami bergerak menuju ke Batu Feringhi. Sebabnya, kami ingat nak cari gerai laksa yang kami makan tahun 2002 dulu. Yelah, pergi malam semalam, tak nampak apa pun.

Kami ikut je signboard ke Batu Feringhi. Lagipun, kami plan nak pusing satu pulau naik kereta. Ok, mungkin tak sekeliling pulau. Dalam 2/3 lah. Hehe.

Purple line - Our journey for the day from Georgetown to Queensbay Mall area.

Purple line – Our journey for the day from Georgetown to Queensbay Mall area.

Dalam perjalanan, bila sampai Batu Feringhi, tengok-tengok gerai makcik laksa tu memang dah takde. Sedih T.T .. Huhu. Aku tengok jam, alamak masa makin suntuk. Kalau boleh nak balik Shah Alam awal sebabnya esok aku kerja. Jadi, kami teruskan perjalanan nak menuju ke Balik Pulau, lepas tu ke Bayan Lepas.

Sampai satu kawasan ni, kami nampak ada signboard ke Taman Negara. Eh, biar betul? Penang ada Taman Negara? Bukan kat Semenanjung, Taman Negara cuma kat Pahang ke?

Entrance to the Penang National Park...

Entrance to the Penang National Park…

Eh, haahlah! Penang ada Taman Negara. Stail! Hehe. Tapi, aku tak masuk pun. Ijat je masuk sebab cari toilet. Sementara Ijat ke toilet, aku nampak ada satu booth untuk buat aktiviti dalam Taman Negara ni. Aku pun sembanglah dengan kakak yang jaga booth ni.

Enquiry and registration booth - for activities in the National Park...

Enquiry and registration booth – for activities in the National Park…

Kakak tu kata, macam-macam aktiviti boleh dibuat kat sini. Antaranya jungle trekking. Tapi, aku difahamkan tak boleh bermalam dalam kawasan Taman Negara ni. Sebabnya, nak jaga ekosistem kat sini. Orang Malaysia kan ‘pembersih’ orangnya. Hehehe.

List of activities that we can do at the National Park...

List of activities that we can do at the National Park…

Other activities that can be done...

Other activities that can be done…

Aku tak ingat berapa harga untuk aktiviti-aktiviti kat sini, tapi kalau berminat, boleh call kakak ni:

Give her a call if you are interested to join any activity at the Penang National Park! ;)

Give her a call if you are interested to join any activity at the Penang National Park! ;)

Aku agak terkejut sebenanrnya sebab kawasan Taman Negara ni besar jugak.

The Penang National Park area...

The Penang National Park area…

Lepas Ijat dah selesai dengan urusan dia, kami teruskan perjalanan. Tengah on the way tu, aku rasa lapar. Nampak pulak orang jual jagung. Eh, sodap pulak nampaknya. Haha. Apa lagi, pull over lah.

Grilled corn. Yummy!

Grilled corn. Yummy!

Tapi, aku tak beli jagung bakar. Sebab payah nak makan. Hehe. Jadi, aku beli jagung dalam cawan. Yang syoknya, dengan harga cuma RM 2 tak silap aku, jagung dalam cawan kat sini siap ada sos karamel dengan cornflakes lagi! Serius sedap!

Corn in cup with cornflakes and caramel sauce!

Corn in cup with cornflakes and caramel sauce!

Kami pun teruskan perjalanan lepas dah beli jagung ni, menuju ke Teluk Bahang. Teluk Bahang ni feymes sebab ada Empangan Teluk Bahang atau omputih panggil Teluk Bahang Dam. Hehe.

Biasanya empangan kat Malaysia ni guna untuk jana elektrik kan? Kiranya empangan hidroelektrik lah. Tapi, Empangan Teluk Bahang ni lebih kepada kawasan simpanan dan tadahan air. Bila sampai sini, rasa tenang je. Redup dan sunyi.

View of the main road from the dam area...

View of the main road from the dam area…

Keliling empangan ni ialah kawasan berbukit. Tahu tak empangan ni terkenal sebab apa? Antara sebabnya, selain mitos kata ada makhluk ikan macam rasaksa makan orang [kata oranglah], ada jugak orang pernah jatuh lemas kat sini. Ok, scary. Hehe.

Teluk Bahang Dam #1

Teluk Bahang Dam #1

Teluk Bahang Dam #2

Teluk Bahang Dam #2

Teluk Bahang Dam #3

Teluk Bahang Dam #3

Terasa kan kesunyian dia? Hehe. Tapi, bila sampai sini, rasa macam, subhanAllah… tenang je. Rasa insaf sebab mengingat pada Sang Pencipta. :) Lepas tu, kami camwhore sana sini, dan adalah beberapa pelancong Arab datang dengan tour guide masing-masing. Kami pun beransur dan teruskan perjalanan…

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-FINALE]

MITBCA 2013

4 hari lepas, aku dapat satu emel:

Dear Blog Owner,

Thank You for your participation in Malaysia International Tourism Bloggers Conference &  Awards 2013.

 This is to inform you that your blog nominated for MITBCA2013 is now in Finalist category and waiting for Judgement.

 We would appreciate if you can send the following details by today :

 1.            Full Name

2.            Official e-mail Address

3.            Hand Phone

 Best Regards,

MITBCA2013 Secretariat

Jutaan terima kasih kepada semua yang mengundi blog ni untuk Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013. :) Berkat undian kalian, blog ni tersenarai sebagai finalis untuk kategori Malaysia International Social Media Tourism Blog of the Year. Alhamdulillah :)

===

Thank you very much to those who have voted for this blog in the Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013. Your votes have listed this blog as one of the finalists for the Malaysia International Social Media Tourism Blog of the Year category. Alhamdulillah :)

Thanks a lot for all your votes! ;)

Thanks a lot for all your votes! ;)

The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 3]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 2]

===

Sampai balik kat Lebuh Ah Quee, terus aku parkir kereta, keluarkan kamera, dan snap snap street art yang ada kat sini.

Our art is dying mural @ Lebuh Ah Quee...

Our art is dying mural @ Lebuh Ah Quee…

"Little Boy with Pet Dinosaur" Mural...

“Little Boy with Pet Dinosaur” Mural…

“Boy on a Bike” Mural...

“Boy on a Bike” Mural…

The murals were done by Lithuanian artist, Ernest Zacharevic...

The murals were done by Lithuanian artist, Ernest Zacharevic…

Lebuh Ah Quee, with the murals... You can check this website: http://www.onlypenang.com/where-to-go/penang-street-art-wall-painting-at-penang/

Lebuh Ah Quee, with the murals… You can check this website: http://www.onlypenang.com/where-to-go/penang-street-art-wall-painting-at-penang/

Lama kami kat sini. Mesti bengang orang-orang lain tunggu turn nak tangkap gambar, especially dengan motor tu. Haha.

Dari sini, kami patah balik ke Muntri Street [simpang kecil di Love Lane] sebab kami tengok pamphlet yang kami ambil dari hostel, ada mural “Little Girl in Blue”. Nampak macam besar.

Lepas parkir di Love Lane, kami pun jalan kaki ke dalam Muntri Street, dok mencari manalah mural ni. Jalan punya jalan, rupanya dia kat dalam sebuah tokong.

People waiting to take photo with the “Little Girl in Blue” mural...

People waiting to take photo with the “Little Girl in Blue” mural…

“Little Girl in Blue” mural...

“Little Girl in Blue” mural…

You can do a lot of poses with the Penang Street Art murals... ;)

You can do a lot of poses with the Penang Street Art murals… ;)

Kami patah balik ke kereta lepas dah bergambar, dan tengok ada kertas kuning kat windscreen. Terbaik! Saman dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebab parkir merata. Haha. Hamekaw!

Kami simpan dalam glove box dan buat tak tau. Sebab saman kat Penang kan. Bila aku balik Selangor, jadi tak valid lah kan? Hahaha. Lepas tu, kami pun drive masuk Muntri Street dan nampak satu lagi sculpture yang menarik perhatian.

Orang Kaya & Tauke... The sculptures in Georgetown are meant to educate the public of its history...

Orang Kaya & Tauke… The sculptures in Georgetown are meant to educate the public of its history…

Menarik sebenarnya scultpures kat sini sebab tujuan dia nak mendidik orang awam tentang sejarah Pulau Pinang. Sekurang-kurangnya takdelah bosan kan macam dalam buku teks. Hehe.

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 4]

%d bloggers like this: