Category Archives: Thailand

Getaway Backpacking:Phuket – Total Expenses

Entri sebelum ini:

Getaway Backpacking: Phuket – Epilog

===

Aku ke Phuket bulan September tahun lepas selama 4 hari 3 malam dengan Akmal. Aku ada tulis setiap perbelanjaan yang kami belanjakan sepanjang di sana, tapi aku tak listkan secara terperinci berapa total expenses yang kami belanjakan.

Sebab ada beberapa orang tanya aku, minta tolong bagitau secara terperinci berapa jumlah perbelanjaan untuk trip ke Phuket, aku listkan kat bawah perbelanjaan untuk keseluruhan trip ke Phuket.

Semoga dapat membantu korang untuk merancang dengan baik :)

===

Day 1:

Taxi Pickup Airport – Hostel: THB 600 [THB 300]

Hostel 3 malam: THB 141

Padlock: THB 47

Dinner: THB 80

 

Total Day 1: THB 868 = RM 86.80 [THB 838 = RM 83.80]

 

Day 2:

Sewa skuter 24 jam: THB 200 [THB 100]

Gas motor: THB 200 [THB 100]

Brunch: THB 85

Island hopping with TMT Tour: THB 1300

Muay Thai fight: THB 1400

Sunblock: THB 345 [THB 172]

Coconut ice cream: THB 25

Gas motor: THB 40 [THB 20]

Minum petang koko ais: THB 40

Fridge magnet: THB 100

Tshirt I love Phuket: THB 150

Dinner Pad Thai: THB 45

Massage: THB 250

 

Total Day 2: THB 4180 = RM 418 [THB 3787 = RM 378.70]

 

Day 3:

Gelang tangan souvenir di James Bond Island: THB 300

Tips untuk tukang kayak: THB 100 [THB 50]

Sewa kerusi di Naka Island: THB 200

Dinner nasi goreng ayam: THB 400

Supper cheese burger: THB 80 [THB 40]

Taxi transfer ke airport untuk pagi esok: THB 600 [THB 300]

 

Total Day 3: THB 1680 = RM 168 [THB 1290 = RM 129]

 

Day 4: – Balik flight pagi. Nil

 

p/s:

  • Lunch untuk hari ketiga dah termasuk dalam tiket island hopping.
  • Beberapa item kat atas dibahagi 2 antara aku dan Akmal iaitu Day 1 = Taxi pickup. Day 2= Sewa skuter, gas motor, sunblock. Day 3= Tips, cheese burger, airport transfer.
  • Yang dalam kurungan ialah expenses lepas dibahagi antara aku dan Akmal. Yang di luar kurungan, harga in full per person.

Jadi, jumlah untuk 4 hari yang aku sendiri belanjakan:

RM 83.80 + RM 378.70 + RM 129 = RM 591.50

The Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013

Blue Lagoon, Port Dickson, Malaysia...

Blue Lagoon, Port Dickson, Malaysia…

[STICKY POST - ENGLISH VERSION BELOW]

Terima kasih sebab sudi baca blog aku, sudi ikut dan sudi komen dalam blog ni. Harap korang semua enjoy baca blog ni dan dapat maklumat bermanfaat tentang sesuatu destinasi yang dah aku dan kawan-kawan pergi secara backpacking.

Aku nak mintak tolong korang yang baca blog ni, blog ni tercalon dalam 2 kategori untuk the Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 iaitu kategori Tourism Travel Blog dan Social Media Tourism Blog of The Year.

Kalau korang rasa blog ni layak untuk dapat undian korang untuk mana-mana kategori, sila klik link kat bawah untuk mengundi.

Cara mengundi senang je. Lepas dah klik link di atas, kalau korang belum daftar, sila klik Register. Kalau ada akaun Facebook, korang tak payah register, tapi klik Login with Facebook.

Lepas tu, cari URL blog ni, http://kairulizwan.wordpress.com dalam senarai yang ada dan klik VOTE. Itu je! Senang kan?

Terima kasih atas setiap undian korang. Undian ditutup pada hari Jumaat, 22 Februari 2013. Jadi, undi selagi boleh. Dan terima kasih sekali lagi! Love y’all!

===

Dear readers,

Thank you for reading this blog and for liking all the posts and photos published in this blog. I do hope that you enjoy all the entries and photos that I’ve been putting in the blog all this while. :)

I need a lil’ bit of your favour, dear readers. This blog has been nominated for 2 categories in the upcoming Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013. The 2 categories are Tourism Travel Blog and Social Media Tourism Blog of The Year.

If you think that this blog deserves the award, kindly vote for this blog by clicking on the following links:

It is very easy and simple to vote. To vote for this blog, after you have clicked the above links, kindly click ‘Register‘ if you have not registered or click ‘Login with Facebook‘ if you have a Facebook account.

Next, find the link of this blog [http://kairulizwan.wordpress.com] in the list of nominees and click the ‘VOTE’ button. That’s it! That’s all you need to vote for this blog. Simple isn’t it? ;)

Anyways, thanks for all your votes. Voting ends Friday, 22nd February 2013 [Malaysia time- GMT +8]. So, please vote as many as you can. Again, thank you very much. And love y’all!

Getaway Backpacking: Phuket – Epilog

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 4-FINALE]

Info: THB 100 = ~RM 10

===
Alhamdulillah, berjaya menjejakkan kaki ke Phuket merupakan sesuatu yang aku tak pernah terfikir sama sekali. Ke James Bond Island, Koh Panyee dan pulau-pulau lain yang selama ni aku cuma baca dekat blog orang. Apatah lagi dengan tiket pergi balik cuma berharga RM 127.20. Alhamdulillah. Terima kasih Air Asia!

Phuket, sebuah pulau kat Thailand yang teruk dilanda tsunami pada 26 Disember 2004. Bagi aku, Phuket sebuah tempat yang cantik, dan sesuai dengan asal usul namanya, Phuket memang kawasan berbukit.

Ada sesetengah kawasan naik bukit, dengan kedai berhadapan rapat-rapat, terasa macam kat Korea pun ada. Dari aspek kebersihan, sebahagian besar Phuket bersih tapi kawasan macam Bangla Road memang agak kotor.

Phuket dilanda musim hujan dari September sampai hujung tahun, yang memungkinkan tempat tinggal boleh dapat murah. Tapi, ia satu pertaruhan. Kalau nasib tak baik, memang tak dapat keluar jalan dan terpaksa duduk je dalam bilik sebab hujannya memang lebat!

Dari segi makanan dan harga cenderamata, agak overrated sebab sini kawasan tumpuan pelancong, terutamanya di Patong, harga memang tinggi. Kena pandai bargain dan buat-buat muka tak ada duit sikit. ;p

Beza paling ketara antara Phuket dan Bangkok ialah kebolehan berbahasa Inggeris. Mungkin sebab Phuket memang ramai pelancong Barat, masyarakat tempatan rata-rata boleh berbahasa Inggeris asas. Tak seteruk Bangkok, nak tanya pasal bas pun susah. Tapi, kat sini dengan pendedahan pelancong Barat dan perkongsian perniagaan antara penduduk tempatan dan imigran Barat, berjalan-jalan di Phuket memang mudah.

Bagi traveller yang beragama Islam, Phuket memang ramai orang Islam. Jadi, makanan halal ada je dijual di Patong dan sekitar. Di Rawai pun ramai. Masjid pun ada kat setiap pekan-pekan di sini. Tentang makanan, untuk cari yang halal, cari yang ada tanda Halal atau lambang bulan bintang. Tu general rule dia.

Dari segi hiburan, memang tak dinafikan Phuket ni syurga dunia bagi yang nak berhibur sepenuhnya. Pusat hiburan, kelab, discothque, tarian tiang, tarian paha, namakan aje, boleh kata hampir semua ada dan bertumpu kat Bangla Road. Kadang-kadang, sebab punyalah banyak pusat hiburan kat Phuket, aku rasa kasihan pun ada sebab keindahan alam semulajadi kat sini dah dilitupi oleh pemikiran bahawa pergi Phuket = buat maksiat. ;p

Tapi, masyarakat Phuket memang mereka yang kuat. Bayangkan, kami pergi 7 tahun 9 bulan selepas tsunami menimpa, tapi memang tak ada tanda-tanda tsunami pernah melanda pantai Phuket. Tak ada tanda-tanda bencana besar pernah menimpa. Phuket pesat membangun melupakan duka lama.

Phuket memang indah. Lupakan tentang hiburan berlebihan, fikirkan tentang ilmu dan pengalaman, memang jelas terasa keindahan Phuket. Jalan-jalan naik skuter keliling pulau, tengok pemandangan bukit bukau, pantai memutih dengan ombak kuat memukul pantai. Hayati keindahan tu, dan lihat Phuket dari perspektif yang berbeza. You won’t regret it.

Sampai sini saja travelogue Phuket. Au revoir a bientot!

377633_4589551575834_1127370932_n

TAMAT | THE END

UPDATED! = Getaway Backpacking: Phuket – Total Expenses

%d bloggers like this: