The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 1]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 5]

===

ISNIN, 19 November 2012

Bangun pagi dalam keadaan tersenyum dan pada masa yang sama, muram. Tersenyum sebab hari ni sebenarnya hari kerja, tapi aku ambil cuti. Bila bukak Whatsapp tengok kawan-kawan lain semua update pasal kerja hari ni, tapi aku masih atas katil di Red Inn Heritage. Muram? Ya, muram sebab hari ni aku akan balik ke Shah Alam.

Aliaa tunang Azmir ajak aku dan Ijat sarapan pagi. Asalnya dia ajak ke mahkamah, sebab aku tak pernah ada kes di mahkamah Penang. Tapi, dah bangun lewat, malas sangat nak ke sana. Hehe. Jadi, aku dan Ijat bersiap-siap untuk check out dan mungkin kalau sempat, sarapan dengan Aliaa.

Lepas dah siap mandi semua, ambil gambar keadaan hostel kami dulu ;)

Our room in the hostel...
Our room in the hostel…
Heading towards the common bathroom...
Heading towards the common bathroom…
The corridor heading downstairs...
The corridor heading downstairs…
The stairs... at the Red Inn Heritage, Penang...
The stairs… at the Red Inn Heritage, Penang…

Lepas dah check out dan dipulangkan duit deposit semua, aku dan Ijat jalan sekali lagi kat Love Lane. Bila dah jalan-jalan, kami nampak banyak arca dibuat dari besi sebagai hasil seni kat kawasan ni.

Sekali aku teringat, masa aku sampai hostel, aku nampak ada satu pamphlet yang tunjuk tentang Penang Street Art. Tak sangka sebahagian daripada hasil seni tu ada kat sini je!

Tips:

  • Kalau korang di Love Lane menghala ke arah Farquhar Street, ada dua lorong kecil yang ada street art sebelum keluar ke Farquhar Street. 
  • Di sebelah kanan ada Stewart Lane dan di sebelah kiri ada Muntri Street. Ada beberapa street art yang terdapat kat kedua-dua jalan ni. ;)
  • Ada banyak lagi street art kat sekitar kawasan World Heritage Site. Kalau lagi adventurous, korang boleh sewa basikal dan ambil satu map, dan cari sebanyak mungkin street art yang ada. Untuk sewa basikal dan peta, boleh rujuk hostel masing-masing :)
Stewart Lane...
Stewart Lane…
Street Art #1 @ Stewart Lane, Georgetown, Penang...
Street Art #1 @ Stewart Lane, Georgetown, Penang…
Street Art #2 @ Stewart Lane, Georgetown, Penang...
Street Art #2 @ Stewart Lane, Georgetown, Penang…
Pin point ;p
Pin point ;p
Muntri Street...
Muntri Street…
Street art @ Muntri Street, Georgetown, Penang...
Street art @ Muntri Street, Georgetown, Penang…

Dah habis bergambar kat kawasan ni, kami berdua balik ke kereta dan masukkan barang dalam kereta. Baru je nak drive, sekali Aliaa call.

Aliaa: Khai, u yang tengah masuk barang dalam kereta tadi kan?

Aku: Haah, kenapa? Eh, u ada kat sini ke?

Aliaa: I baru je lalu tepi u tadi. I dari Court. Breakfast jom?

Aku: Jom!

Lebih kurang macam tu lah butir perbualan kami. Hehe.

Mana Aliaa nak bawa aku dan Ijat breakfast eh agaknya?

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 2]

2 thoughts on “The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 1]

Leave a comment