Daily Archives: 7 February, 2012

Solo Trip to Thailand: Part II [Ayutthaya]

Bersambung dari Solo Trip to Thailand: Part I

DAY V – Selasa, 27 Disember 2011

Pagi ni aku bangun awal. Pukul 8.15 pagi aku dah terpacak depan kaunter tiket kat stesen keretapi Hua Lamphong sebab hari ni, aku nak pergi ke bandar purba, Ayutthaya! Jadi, dari BTS Surasak aku pergi ke BTS Sala Daeng [THB 20/RM 2]. Dari BTS Sala Daeng aku naik MRT Silom ke MRT Hua Lamphong [THB 18/RM 1.80]. Sampai stesen keretapi Hua Lamphong, aku pergi ke kaunter tiket untuk hari ini [kaunter sebelah kiri] dan beli satu tiket kelas ketiga ke Ayutthaya dengan harga THB 20/RM 2. Murah sebenarnya harga tiket ni memandangkan jarak antara Bangkok ke Ayutthaya dalam 70 km lebih dan ambil masa sejam setengah perjalanan naik tren.

Suasana pagi kat area Silom...

Eskalator ke platform MRT.. jauh ke bawah tanah...

Tiket dari Bangkok ke Ayutthaya...

Dalam gerabak dari Bangkok ke Ayutthaya...

Dalam pukul 8.40 pagi tren mula bergerak dan aku sampai Ayutthaya kira-kira pukul 10.00 pagi. Ayutthaya ni terkenal sebab kat sini ada banyak wat-wat lama memandangkan bandar ni merupakan bandar purba atau ibu negara Thailand sebelum Bangkok. Ayutthaya jugak merupakan World Heritage Site sama macam Melaka dan Georgetown.

Bila sampai Ayutthaya korang boleh pilih nak explore bandar ni naik basikal ke [sewa dalam THB 15/RM 1.50], motorsikal atau tuk-tuk. Masa ni aku sorang-sorang, jadi aku tak jumpa kat mana kedai nak sewa basikal. Akibatnya aku naik tuk-tuk untuk tour wat2 ni dengan bayaran THB 250/RM 25 sejam [lepas tawar menawar]. Mula-mula dia nak caj THB 350, lepas mintak kurang dapat THB 250. Tapi tetap mahal dan tak seronok berbanding naik basikal. Nasib baik aku bawak duit lebih sikit. Hampir 3 jam aku tour bandar Ayutthaya, kena caj THB 700/RM 70.

Stesen Ayutthaya..

Yang buat lagi sakit hati bila aku jumpa kedai sewa basikal tu masa dah lepas habis tour dengan tuk-tuk. Hadoi~. Kalau sesiapa yang nak sewa basikal untuk pusing2 Ayutthaya, sampai-sampai je kat stesen Ayutthaya, korang keluar dari stesen. Kalau ada driver tuk-tuk datang, tak payah layan. Lepas tu keluar dari stesen dan lintas jalan. Kedai sewa basikal ada kat seberang stesen sebelah kanan. Seronok je tengok traveller2 lain kayuh basikal masa aku dalam tuk-tuk. Takpe, jadikan pengajaran dan pengalaman. Hehe..

Kedai sewa basikal seberang jalan depan stesen keretapi Ayutthaya..

Tapi, kelebihan naik tuk-tuk yang mahal tu ialah dapat pusing tengok banyak wat-wat purba yang ada. Dapat tengok wat yang terkenal sebab takde kepala Buddha, wat yang ada kepala Buddha tersangkut kat akar pokok, wat yang tenggelam ada kesan air dek banjir besar baru-baru ni [Ayutthaya antara daerah paling teruk terjejas] dan sekadar merasai feel jalan-jalan kat World Heritage Site.

Sleeping Buddha...

Ayutthaya ancient temple...

Ayutthaya...

Buddha head...

Bila sampai balik ke stesen keretapi, aku tunggu kaunter tiket buka dan lepas tu terus beli tiket keretapi dari Ayutthaya ke Bangkok. Memandangkan pengumuman kat stesen-stesen keretapi cuma dibuat dalam bahasa Thai, aku pun tanyalah kat pegawai keretapi Thailand, bila tren aku akan sampai. Masa ni, dapat lagi 2 kawan baru dari Perancis, Jean dan Franck. Bahasa Perancis yang aku belajar kat sekolah dulu memang dah berhabuk berkarat habeh. Jadi, dapat lah pick up balik satu dua vocab dengan diorang. Hehe.

Menanti ketibaan keretapi...

Lepas tu, tren pun sampai dalam pukul 2.00 petang macam tu. Sebab takde seat number, jadi aku main duduk je lah. Masa duduk ni, aku nak confirmkan dengan mamat sebelah aku, betul ke keretapi yang aku naik ni. Tapi, dalam explain2 tu, aku dengar dia tunjuk tiket, lepas tu keluar perkataan “ni…ni”. Jadi, aku suspek dia orang Melayu-Siam. Tengok-tengok betul. Hehe. Dia pun bagitaulah yang tren aku delay, tapi takpe. Naik je tren yang aku dah naik ni. Jadi, sepanjang-panjang perjalanan borak dengan dia pasal politik, isu semasa, pasal kehidupan dia sebagai rakyat Thailand dan macam-macam lagi lah. Oh, nama dia Sulaiman. Budak law jugak. Hehe. Tapi, ralat aku lupa nak ambil gambar dengan dia.

Dah nak sampai stesen Bangkok, aku bagitau dia aku nak makan dulu sebab aku tak makan dari pagi sedangkan masa tu dah dekat pukul 4.00 petang. Jadi, dia pun bawak aku pergi satu kedai makan yang sedap dan murah. Aku tak rasa yang ramai orang luar pernah pergi kedai ni sebab tempat dia agak tersorok.

Kalau nak ke kedai makan ni, dari stesen keretapi Hua Lamphong, jalan ke arah balai menunggu stesen tu [ke arah jam]. Pastikan food court kat sebelah kiri. Jalan terus dan keluar kat pintu belah kiri. Lepas tu lintas jalan dan masuk ke satu lorong yang kiri kanan ada gerai-gerai jual barang [ala uptown]. Sampai hujung lorong tu, belok kiri. Nanti korang akan nampak kedai ni:

Kedai makan murah dan best..!

Kat kedai ni, aku ambil nasi putih dan 2 lauk + Cha Yen dan unlimited air kosong = THB 50 sahaja/RM 5! Murah lah tu. Hehe. Tak pasti ada goreng-goreng tak tapi lauk-lauk dia dah cukup menyelerakan. Lauk kampung Melayu tapi ada rasa-rasa unik sikit sebab mungkin dan bercampur dengan stail Thailand. Tapi, Cha Yen kat sini by far yang paling sedap yang aku pernah minum.

Lauk pauk yang banyak...

Cha Yen yang sedap...

Lepas dah makan kat kedai ni, aku balik ke hostel. Sebelum tu sempat singgah kedai kopi kat depan Saphaipae Hostel, sembang-sembang dengan Jimmy dari Kanada. Lepas tu, aku lepak kat Sky Terrace kat tingkat 6. Malamnya, aku sekadar lepak sembang-sembang dengan DSR, Jimmy dan traveller2 lain kat hostel sebelum masuk dorm dan tidur. Esok nak naik bas ke Hat Yai…

Termenung sorang2 kat Sky Terrace kat level 6 hostel...

BERSAMBUNG: SOLO TRIP TO THAILAND – PART III

Solo Trip to Thailand: Part I [Sai Tai Mai, Restoran Farida]

Bersambung dari Backpacking Trip to Thailand: Part VIII

Kalau sesiapa yang ikut blog ni mesti tau yang sekarang, aku kat kota Bangkok sorang-sorang lepas Muiz berangkat naik bas di Sai Tai Mai. Masa Muiz naik bas, memang aku rasa sebak sebab aku dok bayangkan, aku kat negara lain yang jaraknya 1,700km+ dari rumah aku dan sorang-sorang pulak tu. Tapi, bak tagline Fatt a.k.a BackpackerBusuk, worrying gets you nowhere. Jadi, aku kuatkan semangat dan cari jalan untuk keluar dari Sai Tai Mai.

Agak sesat jugak aku nak keluar dari Sai Tai Mai. Berkali-kali aku pusing bangunan ni. Aku rasa, aku sesat sebab aku tak fokus. Aku asyik fikir pasal aku sorang-sorang kat sini sampai aku tak boleh nak adapt dengan keadaan sekeliling. Aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba kuatkan semangat. Alhamdulillah, aku jumpa jalan keluar. Tapi jalan lain, bukan jalan yang sama aku masuk tadi.

Sampai kat bus stand, aku tunggu bas No. 177 i.e. bas yang aku naik dari Holiday Inn tadi. Bila bas sampai, aku nak naik, driver tu cakap salah, bukan tunggu kat sini, tapi kat seberang jalan. Aku pun naik jejantas nak ke seberang sambil berfikir lagi, macam mana aku nak survive ni? Ah! Hentikan fikiran macam tu! Aku lawan balik diri sendiri untuk naikkan balik semangat aku.

Tengok jalan ni pun aku rasa sunyi...

Sampai kat bus stand seberang jalan, aku tanya orang kat situ macam mana nak ke Silom Road. Nasib baik orang kat hostel ada bagi aku satu kertas yang tertulis Silom Road dalam tulisan Thai. Aku tanya satu couple muda ni sebab diorang boleh cakap English walaupun agak basic. Tapi, malangnya No. bas yang diorang bagi tu salah sebab bila aku tanya driver, driver tu kata “No, no.. You take bus No. 79“. Aku pun naik bas No. 79 dengan tambang THB 19/RM 1.90. Aku ingatkan bas ni turun dekat dengan hostel, tapi rupanya turun kat Siam Square. Tapi, tak kisahlah. Boleh naik BTS. ;)

Masa on the way balik ni, aku rasai pengalaman trafik jam Bangkok. Bayangkan, jalan 6 lane-6 lane pun boleh jem. Dah cukup besar dah jalan tu. Lepas tu, ada satu ketika tu, jalan yang kami lalu contra flow. 5 lane lawan 1 lane. Hehe. Memang tersengguk-sengguk aku dalam bas tu. Sampai Siam Square dah dekat pukul 6. Sejam lebih jugak sangkut dalam jem. Masa ni, aku dah rasa lapar balik. Penat tau. Hehe. Jadi, aku decide nak makan dekat Mak Yah atau Farida. Tak decide lagi nak pergi yang mana satu, tapi dua-dua kedai ni dekat je. Time ni pulak peak hours orang balik kerja. Memang ramai sungguh orang kat BTS Siam. 2 tren kena let go.

Orang balik kerja..

Dari stesen BTS Siam, aku beli tiket ke BTS Ratchatewi [THB 25/RM 2.50]. Tapi boleh pulak aku tersilap naik tren masa ni. Aku ternaik yang ke Ratchadamri. Aku tersalah pandang signboard. Sampai Ratchadamri, aku turun tren dan patah balik untuk ke Ratchatewi. Nak ke area restoran yang dua ni pun aku silap ambil jalan. Dah jalan jauh, tiba-tiba aku rasa aku salah ambil jalan. Rupanya memang ya, aku terambil jalan yang bertentangan. Kena patah balik. Hehe.

Dari stesen Ratchatewi, ambil exit sebelah kanan. Lepas turun tangga, jalan terus je. Sampailah korang jumpa roundabout kat hujung simpang. Kalau tak jumpa roundabout, maknanya korang kat jalan yang salah. Jadi, sila patah balik macam aku. Haha. Lintas ke seberang jalan lepas tu terus belok kiri. Kaki lima kat sini agak gelap tapi jangan risau. Ada je orang jadi tak bahaya sangat. Jalan je terus kat kaki lima ni, nanti korang akan nampak Restoran Farida dulu dan depan sikit ada Mak Yah.

Mula-mula ingat nak ke Mak Yah. Tapi, aku tengok kat blog ramai pergi Mak Yah, jadi aku decide nak makan kat Farida. Aku order Cha Yen, nasi goreng bukit daging dan sup sayur. Cha yen kat sini kurang best, nasi goreng pulak ok lah. Tapi, sup sayur dia aku suka. Sup sayur dia ada rasa macam rempah/herba sikit. Tapi, harga agak pricey. Mungkin sebab dari loghat aku cakap dia tau aku orang Malaysia. Untuk semua yang aku makan tu, aku dicaj THB 150/RM 15.

Tapi, rasa seronok jugak makan kat sini. Sebab bila ada orang cakap Melayu kat tengah-tengah kota Bangkok, aku rasa seronok sebab sekurang-kurangnya, bahasa Melayu masih terpelihara di sini.

Cha Yen @ Farida...

Nasi goreng bukit ayam...

Sup sayur...

Restoran Farida...

Antara kedai makan halal di Bangkok...

Dah selesai makan, aku nak balik ke hostel balik. Dari BTS Ratchatewi ke BTS Surasak, tambangnya THB 30/RM 3.00. Sampai-sampai hostel, aku lepak kat lobby. Sebab tak tau nak buat apa, jadi aku baca surat khabar Bangkok Post yang ada kat lobby. Lepas tu, terjumpa artikel kat bawah ni. Tak sangka orang Malaysia pun baca Bangkok Post. Hehe.

Totally agreed with this guy.

Dah habis baca paper, aku lepak-lepak kat balkoni aras 4 [aras dorm aku] dan borak-borak dengan Olga, seorang budak perempuan Russia umur 25 tahun. Dia pun travel sorang-sorang jugak. Dia kata dia stay kat Bangkok seminggu lepas tu tak tau lagi nak ke mana. Muda-muda dah travel merata. Hehe. Sembang dengan dia pun payah sebab orang Rusia tak fasih cakap English. Nasib baik dia ada kamus.

Tak lama lepas tu, aku masuk dorm untuk tidur sebab nak bersedia untuk hari esok…

070212-1643

BERSAMBUNG: SOLO TRIP TO THAILAND – PART II

Backpacking Trip to Thailand: Part VIII [Bangkok - Pratunam, Sai Tai Mai]

Bersambung dari Backpacking Trip to Thailand: Part VII

DAY IV – Isnin, 26 Disember 2011

Hari ni Muiz nak balik Malaysia dah. Bas pukul 5.30 petang dari Southern Bus Terminal [Sai Tai Mai]. Tapi, sebab Muiz tak beli souvenirs untuk famili dia lagi, jadi kami plan nak pergi ke area Pratunam. Pratunam sangat besar. Bangunan shopping complex macam Central World dan Gaysorn sebelah menyebelah dengan bazar-bazar kaki lima. Satu kekaguman wujud lagi. Walaupun bazar-bazar kaki lima sebelah je dengan shopping complex besar-besar, tapi kawasan sekitar tetap bersih dan kemas. Sebab kawasan ni jalan dia besar, jadi walaupun banyak bangunan tinggi, tapi terasa lapang. Dan satu lagi aku perasan, coffee dah semacam budaya orang Thailand. Kedai kopi merata-rata, dari coffee house sampailah yang ke kaki lima. Aku try, sedap! Rasa macam starbucks tapi harga separuh dari starbucks. Americano cuma THB 35-40/RM 3.50 – 4.00!

Dari hostel kami nak ke Pratunam, naik BTS Surasak ke stesen Chit Lom [THB 35/RM 3.50]. Sampai-sampai Chit Lom, jalan di sebelah Gaysorn, lepas tu kat hujung simpang belok kanan. Terus je. Nanti sampailah Pratunam. Sempat jugaklah aku rembat satu seluar 3 1/4 kat sini. Dah lama cari seluar macam ni tapi kat Malaysia paling kurang RM 50. Kat sini aku dapat dengan harga THB 250/RM 25.

Bazar-bazar jual baju murah-murah...

Walaupun dah maju, pengangkutan tradisional tetap tak dilupakan..

Kedai kopi tepi jalan. Coffee is a culture in Bangkok now.

Shopping complex area Pratunam..

Guidebook untuk orang2 Thai yang nak ke Malaysia! ;)

Erawan Shrine dari Centralworld Skywalk...

Dah selesai kat Pratunam, dalam pukul 11.oo pagi kami pulang ke hostel sebab Muiz nak kemas barang. Sepatutnya check out pukul 12.00 pm, tapi hostel sangat baik, Muiz boleh check out pukul 2.00 pm tanpa sebarang caj tambahan. Dari Pratunam kami ikut Centralworld Skywalk. Jadi kami tak naik dari BTS Chit Lom tapi terus naik dari BTS Siam. BTS Siam ke Surasak = THB 20/RM 2.00.

Dalam pukul 1.30 Muiz check out dan aku teman dia ke stesen Southern Bus Terminal atau orang2 lokal panggil Sai Tai Mai. Sai Tai Mai ni kalau kat Malaysia macam Terminal Bersepadu Selatan/TBS. Semua bas dari/ke selatan Thailand akan berhenti kat terminal ni. Dari Saphaipae Hostel nak ke Sai Tai Mai, kami decide untuk naik bas. Kami kena tunggu bas No. 177 kat depan bus stand Holiday Inn Silom. Tambang cuma THB 17.

Sampai Sai Tai Mai, kami nak makan dulu sebelum Muiz berangkat. Yelah, tak makan apa-apa dari pagi kot. Mula-mula ingat nak makan kat food court kat tingkat atas. Tapi, pusing keliling terminal, kami jumpa KFC. Kami pun makan kat KFC. Mula-mula ingat tak nak makan fast food. Yelah, datang tempat orang, tapi makan fast food yang kat Malaysia pun ada berlambak. Habis tu kenapa makan jugak? Hehe. Sebabnya, ada menu yang ada kat Thailand tapi tak ada kat Malaysia. Jadi, kami nak jugak cuba menu yang berbeza ni. Muiz ambil set nasi spicy chicken set, aku ambil set green curry chicken. Dua-dua set ni harganya THB 69 [RM 6.90] sebelum tax. Halal ke? Aku ada baca sebelum ni, orang kata halal dan ada orang-orang Muslim jugak yang makan dalam tu. Jadi, aku tawakal jelah dan yakin hati. Hee.

Muiz kat bus stand Holiday Inn, tunggu bas No. 177 ke Sai Tai Mai..

Keadaan dalam bas...

Need a condom while in transit? THB 20. Found this in the bus terminal's toilet ;p

Set lunch KFC Thailand...

KFC Spicy Chicken rice set.. THB 69. Memang pedas!

Green curry chicken rice set... THB 69 jugak. Sedap!

Dalam pukul 4.30 petang, Muiz masuk ke ruang menunggu bas. Aku tak boleh pergi sebab cuma penumpang yang ada tiket je boleh masuk kawasan tu. Bila Muiz dah masuk, tiba-tiba aku rasa sunyi. Tiba-tiba aku berfikir, betul ke aku sorang-sorang kat kota Bangkok ni? Betul ke aku boleh survive hidup sorang-sorang lagi 4 hari ni? Perut aku rasa mual, hati aku rasa sebak. Sebab selama 4 hari ni ada Muiz, ada jugak teman aku nak ajak berbual. Sambil berfikir-fikir, aku jalan sorang-sorang dalam keadaan sayu cari jalan keluar dari Sai Tai Mai…

BERSAMBUNG: SOLO TRIP TO THAILAND – PART I

%d bloggers like this: