Monthly Archives: November 2011
Stage 2: Completed
Alhamdulillah, tahap kedua dalam rancangan aku nak travel bulan depan dah berjaya. Bak motto John, “No Ticket No Talk”, aku dah pun beli tiket untuk travel aku bulan depan. Hehe. Trip pertama aku secara backpacking. Ada yang tertanya-tanya, aku nak ke mana. Dah lah tiket ke Padang Besar je. Haha. Sebenarnya, aku plan nak ke Thailand bulan depan. Trip pertama ke Bumi Siam. Sebab cuti aku cuma 3 minggu, jadi aku rasa ni lah masanya untuk aku keluar tengok budaya orang lain, expand minda aku, experience benda-benda yang aku belum pernah rasa sepanjang 24 tahun aku hidup.
Kalau nak ke Thailand naik train, ada beberapa jenis seats/options. Korang boleh check dekat website ni. Ni yang aku bagi ni hanya beberapa option dari option-option yang ada yang aku dapat daripada initial research yang aku buat. [Berapa banyak option dah aku guna? Haha]. Ada sesetengah orang [OPTION 1] naik tren 2nd class sleeper upper berth dari KL Sentral ke Butterworth [RM 40.00] lepas tu naik International Express/Ekspress Antarabangsa dari Butterworth ke Bangkok [RM 112.00]. Sesetengah orang yang nak stay/singgah Hat Yai sebelum ke Bangkok [OPTION 2], boleh ambil train dari KL Sentral terus ke Hat Yai 2nd class seater [RM 48.00]. Dari Hat Yai, boleh ambil train Thailand No. 172/170/38 ke Bangkok dengan harga tiket RM 33.90 untuk 3rd class seater atau RM 53.50 untuk 2nd class seater fan.
Bagi orang yang bajet cheapskate macam aku ;p , aku pilih [OPTION 3] untuk ambil tren dari KL Sentral ke Padang Besar kelas ekonomi [RM 24.00]. Lepas tu dari Padang Besar ambil connecting train ke Hat Yai [tempoh +- 1 jam = RM 13.00 dengan "tempat duduk konfem ada" kata KTMB, boleh beli advance dengan syarat nak naik tren tu dalam tempoh kurang dari 24 jam] atau kalau dah last minute terlupa nak beli tiket connecting train ni awal2, boleh beli kat stesen Padang Besar masa sampai tu dengan harga RM 5.00 tanpa jaminan tempat duduk. Maknanya, bak kata KTMB, kalau seat connecting flight train ni dah penuh, penumpang tetap dibenarkan naik dengan bayaran RM 5.00 tapi pandai2 la berdiri dalam sejam perjalanan tu. Haha. Wow. Last aku berdiri dalam tren lama-lama pun masa naik komuter dari Seremban – Shah Alam, tapi tu 7 tahun lepas. Sekarang mampu lagi ke? Haha.
Jadi, menurut draft travel itinerary aku yang masih tak sempurna ni, sampai-sampai je KL Sentral 23/12/11 nanti, aku kena beli siap-siap tiket ke Hat Yai dari Padang Besar, insyaAllah.
Jurjurnya, aku dah takde mood nak buat kerja. Aku betul-betul looking forward for this trip. Lagi 3 minggu je ni. Cepat2la 3 minggu. Hehe.
Made in Dagenham preview screening – No Go…
Tak ada teman+banyak kerja+kepenatan+ esok kena pergi Mahkamah KL+fail nak pergi Mahkamah sangat tebal = let go tiket preview screening Made in Dagenham. Oh.. rugi2. Tapi, takpelah.
Kalau ‘A Very Harold & Kumar 3D Christmas’ punya tiket mesti aku dah gigih dan gagahkan diri kan? Haha..
Am I lucky or what? :) Alhamdulillah…
Tahun ni bukan tahun yang bertuah untuk aku. Banyak benda yang aku harap aku dapat, tapi aku tak dapat. Aku pernah cerita pasal isu ni dulu kat sini. Tapi, betul bak kata orang, Allah tak bagi kita rezeki kat satu tempat, dia bagi kita rezeki kat tempat lain. Aku suka tengok movie. Tak kisah apa jenis movie pun. Yang tak best pun aku akan tengok, tapi nanti review movie tu aku kasi teruk. Dan aku takkan recommend orang lain tengok movie tu. Senang cerita, aku movie buff. Haha.
Dulu, masa awal-awal chambering, selalu gak, lepas habis kerja lepak Summit sorang-sorang semata-mata nak catch up latest movie.Tapi, bila kerja makin banyak, badan makin letih, tengok movie ‘haram’ je la. Haha. Tapi, semenjak dua menjak ni, aku rajin masuk contest pasal movie. Tu yang menang tiket kali pertama, kali kedua [tapi aku tak redeem sebab tak perasan] dan kali ketiga.
Lepas tu, pagi tadi [pagi 22/11/11], bukak2 kat inbox emel, aku dapat emel ni:
Hi
Congratulation, you have won 2 preview tickets for “Made In Dagenham” details as follow:
Date : 23 Nov 2011
Time : 7:30pm – 8:00pm (Ticket Redemption, Cinema Lobby)
9:00pm (Movie Screening)
Venue : GSC Mid Valley
Kindly reply to this email to confirm your attendance, thanks.
Alhamdulillah. Dapat tiket free lagi. Ehehe.
Lepas tu, sebelum balik kerja petang tadi, dapat call. Aku ingat dari mana, rupanya dari Youthsays.com bagitau aku menang tiket preview untuk filem Petaling Street Warriors yang sepatutnya preview dia 19/11/11 baru ni. Tapi, sebab Lembaga Peperiksaan Penapisan tak lulus lagi filem ni untuk tayangan, Yuna [bukan Yunalis Zarai ye. hehe] dari Youthsays.com cakap diorang akan ganti dengan movie voucher, boleh redeem start minggu depan sampai berapa hb Disember entah, untuk tengok movie PSW tu lepas dah bukak untuk tayangan.
So, alhamdulillah. Mari kita menonton movie lagi!


