Monthly Archives: October 2011
Cinema Online Contest
Aduh! Aku terlupa baru-baru ni aku ada masuk contest kat Cinema Online. Saje je la masuk. Kot-kot kalau dapat saguhati pun, dapat lah tiket free. Hehe. Aku masuk contest yang untuk filem Killer Elite. Lepas tu, ada sekali tu aku check, result dia tak keluar lagi.
Lepas tu, hari ni tergerak hati nak check. Aku pun bukak la. Sekali…
Kiranya, kalau ikut, dapat lah 2 tiket free dari diorang ni. Sekali aku check lagi…
Redemption 10-14 Oktober. Hari ni dah 23/24 Oktober. Melepas 2 tiket wayang free. Takde rezeki. Huhu.
Jadinya, moral entri kali ni, kalau dah masuk apa-apa contest tu, buatlah follow up. Bila dah tarikh tutup tu, tengok2lah bila keputusan dia keluar. Kalau tak melepasss… ;p
Warung Nasi Lemak Panas (Warisan Sambal Opah)
Baru2 ni,aku ada makan kat Warung Nasi Lemak Panas (Warisan Sambal Opah). Ok, memang nama kedai dia macam tu tau. Bukan aku saja2 nk tambah kurungan tu. Hehe.
Dari dulu teringin nak cuba, tapi sebab dia buka dari pukul 5.30 petang sampai 5.00 pagi, jadi tak pernah berkesempatan lagi.
Tapi baru-baru ni aku dapat try. My verdict- dari segi rasa aku bagi 2.5/5. Ambiance aku bagi 4/5. Aku bagi 2.5 sebab bagi aku, sambal dia yang jadi ikon dia, tak sebest mana. Nasi dia pun biasa jela. Kalau nak banding dengan nasi lemak panas Jalan 223, PJ, sana punya lagi sedaaaaap. Hehe.
Cuma suasana dia menarik. Dia ada banyak giler lauk pauk (layan diri). Lepas tu dia macam makan kat warung. Ambil nasi cari kerusi, duduk. Meja kerusi pun kecik2 je. Hari tu aku cuba lauk petai tumis dengan ayam goreng berempah. 2-2 ni sedap, tapi kalau sambal ngan nasi dia lagi sedap, mesti jadi lagiii sedap. Haha.
Jadi, kalau nak cuba, sila lah ke USJ 9, sebelah Masjid Al-Falah, belakang Restoran Munawarah menghadap Restoran Menara.
Have fun exploring the place!
Posted with WordPress for BlackBerry.
I love legal aid… <3
Chambering aku habis bulan Disember, tapi sebab legal aid aku start awal, so legal aid aku akan habis bulan ni, sama dengan kawan2 lain yang habis chambering bulan ni. Oh, legal aid ni diwajibkan untuk budak2 chambering di mana 14 hari akan disumbangkan kepada Legal Aid Centre [LAC] kat negeri mana kita berchambering. Macam kat Selangor Bar, kitorang ada dock brief i.e. buat mitigation untuk accused atau stay kat LAC [tak boleh pilih ea.. centre tetapkan].
Ingat lagi, awal2 legal aid dulu kena duduk kat LAC, bosan je. Lepas tu, bila dah start dickbrief, best giler. Breakfast/Brunch lepas dock brief. Lepas tu dulu lepas lunch, semua cari fail. Ni semenjak ramai budak2 batch aku nak habis chambering bulan ni, makin meriah aku tengok LAC ni.
Macam 2 minggu lepas, kereta aku masuk selut, ada sesi joging dengan makan nasik arab. Minggu lepas pulak [kelmarin], hari last Din. So, konon-kononnya buat farewell party la. Makan mee sedap, lepas tu bancuh chocolate milk tea. Hehe. Memang giler la. Nasib baik aku habis legal aid lebih kurang sama dengan member2 yang lain. Cuba kalau bulan depan aku ada legal aid lagi, and time tu ramai dah habis legal aid. Mesti sunyi giler aku. Sunyi sebab dah tak dapat lagi suasana yang ceria.
Tapi dah habis legal aid pun tak best.
Maknanya lepas ni tiap-tiap hari dalam tiap-tiap bulan kena fikir pasal kerja. Kalau sekarang ni, mesti dalam seminggu tu, akan ada satu hari yang ditunggu-tunggu. Hari di mana kitorang budak2 chambering boleh lupakan sekejap pasal workloads kat ofis. Hari di mana kitorang jadi macam ni:




