Monthly Archives: September 2011
List three jobs you’d consider pursuing if money didn’t matter.
Topik ni topik yang WordPress cadangkan untuk aku update blog. Memandangkan di pagi hari ni aku belum ada mood untuk gerakkan otak buat opinion, mari kita update blog dengan topik ni. These are the jobs which I’d consider pursuing if money didn’t matter:
- NUFFNANG BLOGGER LIAISON
Ya. Aku teringin nak jadi Nuffnang blogger liaison. Sebab aku suka jumpa orang. Organize event. Especially dengan fellow bloggers. Dah la Nuffnang tempat kerja ala ala Google. Aku pernah pergi ofis diorang kat Jalan Yap Ah Shek, kat Asian Heritage Row, sangat cool. Pergi kerja pakai t-shirt and jeans. Takde bilik-bilik, dia open concept. And they are like family. Lepas tu, kerja dengan Internet sepanjang masa. I like!
- CIKGU SEKOLAH RENDAH
Aku pernah jadi guru ganti kat SK Alam Megah Dua tahun 2009 dengan 2010. Aku rasa, profession perguruan sangat menarik. Terutama mengajar murid-murid sekolah rendah [aku pernah ajar sekolah menengah jugak, tapi sekolah rendah yang terbaik]. Rasa seronok bila dapat ajar murid-murid ni. Bukan apa, dia macam ada satu kepuasan bila kita mengajar. Terasa kita ada sumbang sesuatu kat masyarakat. Hehe. Dahla hari guru dapat hadiah. Sampai sekarang pun, kalau budak-budak sekolah tu nampak aku kat rumah, diaorang panggil, Cikgu! Hehe..
- JAGA CYBER CAFE

Gambar diambil dari: http://pahangdaily.blogspot.com
Macam aku cakap and korang semua tau, aku Internet-addict. Dari zaman kewujudan Internet sampai la sekarang, zaman takde privasi sebab masing2 ada FB ngan Twitter, aku giler Internet. Internet sangat mengujakan. Jadi kalau dapat kerja jaga cyber cafe, pergh, memang syok la! Haha.
Boleh tak kalau aku nak tag orang untuk post ni. Aku nak tag:
Tq!
MBO @ Subang Parade
Subang Parade shopping complex lama. Sejak zaman aku belum akil baligh lagi Subang Parade dah ada. Tapi, dulu Subang Parade terkenal sebab dia banyak tempat makan dan dia ala-ala eksklusif. Lepas tu malap jap. Sebab dah tua. Tahun 2007-8 lebih kurang, dia buat renovation, tarok karpet kat atas. Jadi cantik balik. Tapi, bagi aku Subang Parade tetap bosan sebab tak ada tarikan selain tempat makan.
Jadi, bila Nadia dan Remy cakap ada wayang kat Subang Parade masa diorang datang rumah aku 17/9/11 baru-baru ni, aku macam terkejut. Eh, sejak bila? Wayang apa? Hehe. Jadi, malam semalam pun aku cuba la nak tengok wayang kat Subang Parade ni macam mana dengan Mira. Rupa-rupanya wayang MBO. Lokasi pulak sangat strategik. Dekat dengan pintu masuk, betul-betul atas MPH. Siap ada Carl’s Jr. lagi nak bukak sebelah MBO tu.
Honestly, aku agak skeptikal dengan brand MBO. Sebab dah biasa tengok wayang kat GSC, TGV and recently kat Cathay. Lepas tu, tak silap aku selalunya MBO ni banyak kat town2 kecik je. Tapi bila aku masuk MBO, aku impressed. Seat tinggi sedap sandar, ada membership kad a.k.a prepaid kad untuk beli tiket, ada dedicated lane kalau ada kad, boleh beli guna kiosk kalau ada kad, ada diskaun setiap kali bila beli tiket kalau ada kad, bilik yang besar, arm rest boleh diangkat walau seat dia seat biasa, senang cerita memang selesa la. And moral of the story of the cover, never judge a quality of a thing by its brand. Memang barang-barang/servis2 branded kualiti dia tinggi, tapi kadang2 brand jarang2 dengar yang biasa2 pun, kualiti sesuatu barang/servis tu superb.
Lepas ni, tak nak dah pergi GSC Summit. Nak pergi MBO Subang Parade. Jom!
p/s: Sila tengok Johny English: Reborn. Kelakar gileeerr!
Nuffnang Preview Screening – Apollo 18
Aku dah lama jadi ahli Nuffnang. Sejak zaman purbakala. Dulu, tujuan join Nuffnang sebab kononnya aku bajet aku ada ramai pengikut jadi nak buat duit lebih dari berblog. Tapi, sebab aku income yang aku dapat cuma 2 tahun sekali [sebab 'ramai' sangat pengikut aku kan. haha], sekarang aku join lebih kepada sebab nak bersosial. Hee. Siap rasa macam nak kerja dengan Nuffnang lagi. Haha.
Al-Kisahnya dulu aku pernah la menang tiket konsert DiGi Double Trouble yang Search n Wings tu. Tapi aku tak dapat pegi, jadi aku bagi tiket tu kat Nadia. Menang tiket tu bulan 3 tahun ni kot. Lepas tu sebelum raya aku saja cuba nasib masuk contest untuk preview screening Apollo 18. Yelah, first2 tengok trailer dengan Akmal masa jalan2 kat IPC pun dah rasa macam nak tengok. Tambah aku pulak space nerd. [Haha. Yes I am NERD] ;D And bekas cita-cita aku masa sekolah rendah nak jadi saintis angkasa/angkasawan [Thanks Dr. Sheikh sebab merampas peluang aku. Huhu].
Jadinya bila masa sehari sebelum raya aku dapat email Nuffnang bagitau aku salah seorang yang terpilih untuk preview screening, apa lagi, memang syok habeh la. Hehe. This is my first preview screening sepanjang 24 taon hidup. First time tengok lagi awal dari orang lain.
So, on the day itself, 7/9/11, Rabu, aku pergi ngan Mira. Kami naik LRT dari Taman Jaya terus ke KLCC. Sampai KLCC beratur, amek tiket semua, and terus tengok. Overall cerita dia aku suka. Sebab like I said, I am a space nerd. I am fascinated with space. Selalu rasa kagum. Jadi dapat tengok cerita genre found-footage a la the Blair Witch Project campur dengan teori konspirasi Apollo 18 ala ala 9/11 punya konspirasi, lagi la aku rasa syok. Konspirasi kan best. Haha.
Aku dapat tau cerita ni tak dapat bantuan NASA [check kat Wikipedia] di mana selalunya cerita pasal space NASA akan bagi bantuan la dari segi nasihat ke apa ke. Tapi NASA tak tolong, so diorang mintak kat ANGKASA. Ok abaikan pasal ANGKASA. Aku tipu. Hehe. Still, tanpa bantuan NASA, they did a perfect job. Aku siap terlompat dari seat sebab terkejut sampai si Mira gelakkan aku. Dem. Haha.






