Ramai yang termasuk blog ni lepas masukkan keyword uitm llb, llb law uitm, kehidupan student llb di uitm,……[panjang lagi senarai ni]. Kalau siapa yang nak tahu pasal hidup budak law kat UiTM, meh aku cerita sikit. Masa buat BLS (Bachelor in Legal Studies), korang rasa best. Memang best. Kadang-kadang pukul 10.30 dah habis kelas. Oh bahagianya! Kadang-kadang sehari satu kelas je. Kalau siapa yang tengah buat BLS rasa tensyen, come on lah… korang patut bersyukur…
Tapi, bila korang sambung LLB (Hons) – Bachelor of Laws, ucapan aku, welcome to hell… Hahaha… Kelas start pagi. Paling awal boleh balik pun pukul 4.30. Itu kalau kelas habis pukul 4. Sebab pukul 4.30 baru boleh punch out. Ye, student LLB perlu punch kad! Ada hari kelas habis malam. Kadang-kadang ada kelas dan test masa weekend.
Macam minggu ni, semalam tak tidur malam. Pukul 6 lebih pagi tadi [pagi hari Jumaat] baru tidur. Semuanya sebab buat assignment BM [yes, LLB belajar subjek bahasa Melayu] ngan take home test subjek Law of Evidence. Malam ni pun kena stay up lagi. Sebab pagi nanti ada test Advanced Civil Procedure ngan kelas ganti Criminal Trial and Advocacy. Stress…2x.
Siapa yang rasa2 nak sambung LLB (Hons) kat UiTM, prepare your mind, spirit and your soul. Fizikal pun kena kot. Sebab kelas [yang dipanggil ofis] kat Level 7 FUU UiTM. So, better be prepared!

Pingback: Who said it’s not difficult? « Semua Tentang Kita
Pingback: 2010 in review | Semua Tentang Kita
Dimanakah kamu belajar LLB?Jumlah yuran?
di UiTM… jumlah yuran xigt la..tp uitm kan highly subsidized. so murah la..huhu